Kata Aluan

about-img
Felcra MESEJ DARI

PENGERUSI

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur KeHadrat Allah SWT, FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd (FBPSB) membuka dimensi baharu dalam perniagaan teras FELCRA Berhad. Melihat beberapa kejayaan yang dicapai sepanjang penubuhannya melalui cabang-cabang perniagaan yang diterokai seperti bidang Automotif dan Kejuruteraan, bidang Jualan dan Pemasaran, bidang Perkhidmatan Insurans dan bidang Perladangan dan Pembinaan.

Manifestasi terhadap taraf hidup, pembangunan infrastuktur yang pesat, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi serta landskap pengangkutan yang berubah secara drastik telah memberikan FBPSB cabaran baharu bagi menyediakan perkhidmatan automotif yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, cekap dan mesra pengguna. Lingkaran khidmat FBPSB bukan sahaja pada 80,000 pesertanya malah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

FBPSB sedar bahawa untuk kekal kompetitif dan berdaya saing dalam perniagaan perlulah selari dengan perkembangan teknologi terkini. Oleh itu, FBPSB merangka strategi baharu dalam segmen pemasaran terutama pemasaran digital yang menjadi trend terkini. Sehubung dengan itu, FELCRA Berhad banyak merangka program kaloborasi bagi melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera seperti “RURAL BUSINESS CHALLENGE”. FBPSB pada masa yang sama berperanan memberi pendedahan produk Bumiputera seperti dalam rangkaian HeMat Outlet. Saya dengan rasa sukacita menjemput Usahawan Bumiputera diluar sana untuk menggunakan platform HeMAT Outlet ini memperkasakan pasaran produk Bumiputera.

Saya juga percaya dan menyeru kepada kesemua Team Player FBPSB sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik serta ikhlas. Prinsip membangunkan modal insan melalui iniasitif “LIFE LONG LEARNING” (3L) adalah perlu diterapkan dalam menjamin profisiensi kesemua tenaga kerja di syarikat ini. Mengakhiri ucapan saya, saya menegaskan bahawa sifat Intergriti dan bertanggungjawab adalah amat mustahak didalam keperibadian setiap diantara tenaga kerja disini. Ini seiring Hadis Nabi SAW “Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dansetiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan kamu itu”. Justeru, layari bahtera profesion di syarikat ini dengan penuh semangat bagi memastikan imej dan pencapaian syarikat sentiasa terbaik.

YBHG. TUAN NOORAZLI BIN SAID

PENGERUSI

Felcra MESEJ DARI

PENGARAH URUSAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebagai Pengarah Urusan FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd (FBPSB), adalah satu penghormatan bagi saya untuk menyatakan komitmen kami terhadap kualiti dan keberkesanan dalam menyediakan pembekalan serta perkhidmatan kepada anda.

FBPSB berpegang teguh kepada prinsip bahawa kualiti adalah aspek yang tidak boleh dipisahkan daripada perkhidmatan yang kami sediakan. Dengan itu, kami telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan setiap produk yang kami sediakan memenuhi piawaian kualiti yang tertinggi. Ini termasuklah pemilihan teliti pembekal, kawalan kualiti yang ketat, dan pemantauan berterusan terhadap maklum balas pelanggan.

Selain itu, kami juga menekankan keberkesanan dalam setiap aspek operasi kami. Dari proses pengurusan sehingga penghantaran produk, kami berusaha untuk memastikan bahawa setiap langkah diambil dengan penuh kecekapan. Kami percaya bahawa keberkesanan adalah kunci yang mendorong kepada kepuasan pelanggan dan kami menyatakan komitmen untuk terus meningkatkan proses operasi kami bagi memenuhi harapan anda.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah memberi sokongan kepada kami. Komitmen kami terhadap kualiti dan keberkesanan adalah satu janji yang kami pegang teguh, dan kami berharap agar terus menjadi rakan niaga pilihan anda dalam tempoh masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

EN. MOHAMMAD JAAFAR BIN ABD MALIM

PENGARAH URUSAN

about-img