Pengenalan

 
Felcra
Latar belakang

 

FELCRA BEKALAN & PERKHIDMATAN SDN BHD (‘’FBPSB’’) ditubuhkan pada 01 Mac tahun 2000 dan berdaftar sebagai kontraktor dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah bagi menjana pendapatan anak syarikat disamping bersama-sama FELCRA Berhad dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta berdaftar.

FBPSB merupakan salah satu anak syarikat FELCRA BERHAD yang berperanan dalam membantu dan menyokong peserta-peserta yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Peranannya adalah seperti membuka ruang serta peluang bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing seiring dengan perkembangan semasa.

Sepanjang penubuhannya, banyak pencapaian telah dicapai melalui bidang perniagaan iaitu Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Khidmat Teknikal, Bahagian Khidmat Niaga dan Bahagian Insurans serta dibantu dan dipantau oleh Bahagian Pembangunan Bisnes & Operasi.

 
 
Felcra
OBJEKTIF

 

Ke arah sebuah perniagaan yang progresif , inovatif, berdaya saing dan menguntungkan.

 
Felcra
VISI

 

Sebagai penyedia perkhidmatan pusat servis kenderaan dan fabrikasi jentera berat serta pembekal utama mekanisasi alatan pertanian kepada sektor perladangan.


Bergiat di dalam bidang pengedaran pemakanan dan produk jenama HeMAT, mini mart café dan perkhidmatan pengelola majlis/acara


Menjalankan operasi perkhidmatan kerja-kerja Pertanian Am dan pembinaan rumah.

 
 
Felcra
MISI

 

Mempelbagaikan produk dalam aktiviti bekalan pelbagai dan perkhidmatan yang terkini sebagai pilihan kepada pelanggan


Memastikan gabungan modal perniagaan 3 kelompok utama kumpulan FELCRA Berhad, institusi peserta dan institusi staf dalam bidang perniagaan adalah menguntungkan.

Felcra Pilihan Terbaik Anda